KEMAHUAN seorang wanita bernama Maria untuk membawa DAP keluar dari sebuah parti yang sinonim dari kepunyaan bangsa Cina kepada parti pelbagai kaum, memilih DAP agar membuka mata rakyat Malaysia yang bencikan perkauman.

Di Malaysia, memang ada parti yang jelas dasarnya memperjuangkan Bangsa tanpa ada keraguan bahawa Bangsa itu mesti dikekalkan dalam wadah perjuangan Parti. Ada juga Parti yang jelas memilih pelbagai kaum demi menegakkan kepercayaan bahawa kepelbagaian itu jalan keluar membina Malaysia.

Dalam memperjuangkan satu-satu dasar, ianya tidak perlu berselindung di sebalik dasar Parti, tidak perlu menipu dalam semangat parti yang dibina. Sekian lama DAP berjuang dengan mimpi dan realiti, mimpi yang di dambakan sering kali dijual kepada Orang Melayu yang mahukan tempat malah mimpi ini telah menjadi kepercayaan mereka untuk meletakkan DAP sebagai parti pelbagai kaum, parti yang bukan rasis.

Namun sejarah sering kali tidak menipu, mereka sering kali gagal di tengah jalan apabila melihat perjuangan DAP tidak boleh dipisahkan dengan kaum Cina, pelbagai usaha Pemimpin Melayu DAP dilakukan namun kegagalan sering kali ditemukan, tidak perlu di ungkapkan apakah al sebabnya, ramai yang kecewa apabila melihat pemilihan kepimpinan yang menjurus kepada satu kaum sahaja, pastinya bukan India dan Melayu.

Untuk menutup mimpi yang dijual, kaum Melayu akan di lantik, kaum India juga dilantik. Dari 15 pemimpin Negeri yang terpilih kemungkinan adalah seorang bernasib baik terpilih.

Lebih baik menjadi Parti yang benar berjuang atas dasar yang dipercayai oleh ahli. MIC MCA UMNO PAS Amanah ini semua parti yang percaya kepada perjuangan bangsa ini bukan rasis. Gerakan PKR Warisan ini pula Parti yang percaya kepada perjuangan pelbagai kaum, tapi DAP, sehingga hari ini terus menerus menjual mimpi demi kepalsuan perjuangan. Meletakkan muka-muka Melayu dan India sekadar menutup sebuah perjuangan bangsa.

Kemahuan Maria akan gagal sebagaimana gagalnya tokoh-tokoh pemimpin Melayu yang sebelumnya.

Razlan Rafii
3 Mei 2021

Dua cerita yang berbeza di antara Perkauman dan Kemahuan.

Kemahuan seorang wanita bernama Maria untuk membawa DAP…

Posted by Mohd Razlan on Sunday, 2 May 2021

-BebasNews 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here