Gambar Facebook Datuk Sri Reezal
Oleh Arrazzaq Nazri

PUTRAJAYA-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan ucapan penghargaan kepada majikan-majikan yang menyediakan peluang pekerjaan dan bersedia mengambil belia sebagai perantis di syarikat mereka.

Menterinya, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata,tawaran pekerjaan yang disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut amat penting dan menunjukkan komitmen majikan untuk membantu golongan belia dan merancakkan semula aktiviti ekonomi negara.

“Syarikat-syarikat yang hadir pada hari ini telah menyediakan sebanyak 4,660 tawaran jawatan kosong dan telah membuat penempatan pekerjaan kepada 512 orang perantis.

“Pihak KBS amat menghargai akan komitmen dan kepercayaan syarikat-syarikat ini untuk mengambil belia-belia yang kekurangkan pegalaman dalam pekerjaan. Dengan cara ini ia memberi ruang dan peluang kepada golongan belia meningkatkan kemahiran mereka di alam pekerjaan yang sebenar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Antara Menteri KBS dan Rakan Industri Dan Rakan Strategik Pelaksana Program Skim Perantisan Nasional (SPN) hari ini.

Reezal berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut dan syarikat lain untuk menjadi rakan strategik dalam membantu belia yang memerlukan pekerjaan.

Katanya lagi, di bawah peruntukan Belanjawaan Tahun 2021 sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan bagi program perantisan yang diletakkan di bawah pengelolaan PERKESO bagi tujuan bayaran insentif kepada majikan yang mengambil perantis dan juga kos latihan kepada perantis.

“Majikan yang mengambil perantis ini dibenarkan untuk membuat tuntutan berjumlah RM1,000 bagi setiap seorang perantis untuk tempoh 3 bulan atau RM800 untuk tempoh 6 bulan.

“Majikan juga boleh mendapat insentif berjumlah RM4,000 untuk setiap seorang perantis bagi tuntutan latihan,”katanya.

Katanya lagi, syarat utama bagi membolehkan syarikat/majikan mendapatkan insentif tersebut adalah:l,
majikan dan training provider perlu berdaftar dengan PERKESO.

Majikan juga perlu mengiklankan jawatan kosong / pengambilan perantis di portal MyFutureJob.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here