SEBANYAK 2,500 jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu,  katanya, 18 lagi kematian direkod, menjadikan jumlah korban keseluruhan 1,551 orang.

Seramai 352 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 186 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dr noor Hisham berkata Selangor terus mencatat kes harian tertinggi, dengan 637 kes diikuti Kelantan (401), Sarawak (356) dan Johor (205). 

Baca lagi: https://m.malaysiakini.com/news/573189

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here