Oleh Fetty Rara

TELEFON pintar Samsung Galaxy S8 yang dilancarkan pada 2017 merupakan model induk melambangkan falsafah dan dasar konsep reka bentuk syarikat tersebut bagi tahun-tahun seterusnya.

Sejak sekian lama Samsung membolehkan pengguna mengemas kini peranti tersebut supaya relevan sentiasa dengan perkembangan teknologi telefon pintar, tetapi kini semua itu telah berakhir, lapor portal androidauthority.com.

Dalam buletin kemas kini keselamatan terbaharunya, Samsung dengan rasminya menggugurkan sokongan bagi telefon model Galaxy S8 dan S8 Plus.

Namun demikian, pengguna tidak seharusnya berasa kecewa atau cemas kerana ia tidak bermakna bahawa model tersebut sudah ‘mati’ – hanya mungkin ia terdedah kepada isu-isu keselamatan akan datang disebabkan oleh perisian yang lama.

Tindakan tersebut menyusul setelah Samsung menurun taraf S8 untuk hanya boleh menerima sokongan kemas kini setiap suku tahun.

Walaupun Samsung tidak mempunyai dasar sokongan mantap, namun Galaxy S8 tidak lagi relevan bagi syarikat itu memandangkan siri-siri baharu model yang dikeluarkan.

Galaxy S8 yang berusia empat tahun itu dilancarkan dengan paparan AMOLED bersaiz 5.8, pemproses Snapdragon 835, satu kamera 12MP di belakang, dan bateri 3,000mAH. Asalnya menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat pada masa dilancarkan, S8 kemudian di kemaskini untuk menerima Android 9.0 Pie.

Bagaimana pun, ada berita baik untuk sesetengah pengguna S8. Sekiranya anda memiliki Galaxy S8 Active anda akan terus menerima kemas kini setiap suku tahun, sementara bagi pengguna Galaxy S8 Lite pula, dua kali setahun.

Kemas kini keselamatan terakhir (h/t 9to5Google) yang ada bagi Galaxy S8 termasuk kemas kini (patch) April 2021.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here