SEBANYAK 3,120 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 420,632 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, 23 orang lagi meninggal dunia akibat wabak ini, dengan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,574 kes.

Seramai 338 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 181 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Menurut Dr Noor Hisham, Lembah Klang masih mendahului kes tertinggi harian dengan 1,083 kes, dengan Selangor mencatat 675 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes.

Sementara itu, jangkitan harian di Sarawak merekodkan kenaikan  (620 kes) begitu juga Johor (336 kes).

https://bit.ly/3tga2Pf

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here