ENAM daerah di Selangor akan berada bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 6 sehingga 17 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang.

Daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Ulu Selangor pula akan kekal berada bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ini berikutan peningkatan drastik kes Covid-19 di negeri itu baru-baru ini.

Setakat ini, Kelantan adalah satu-satunya negeri dengan semua daerah bawah PKP.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/04/pkp-6-daerah-di-selangor-mulai-6-mei/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here