Chung after her vaccine shot.

 

Oleh Fetty Rara

BAGI warga emas  Chung Kui Ching,101 tahun, mendapat vaksinasi Covid-19 adalah perkara biasa dan tidak perlu kecoh.

Dia berkata hanya rasa sakit sedikit di tempat cucuk apabila jarum dimasukkan, lapor The Star.

Dia turut memuji para jururawat, pegawai perubatan dan doktor yang bertugas di Dewan Mini Putrajaya Sabah di mana program vaksinasi berlangsung.

Chung berkata sebelum disuntik dia dengan penuh hormat diberikan penjelasan proses yang akan dilalui.

Selepas disuntik nenek ibu kepada lapan anak, 17 cucu dan empat cicit itu menyampaikan pesanan untuk mereka yang masih sangsi dengan vaksin Covid-19.

‘Tak payah bimbang, jom kita dapatkan vaksinasi supaya bersama dapat memerangi pandemik ini…tak ada apa yang perlu ditakuti,’ katanya.

Chung menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer pada Isnin (4 April).

Dia berkata pada mulanya dia berasa pening sedikit selepas disuntik, tetapi tidak mengalami demam atau kesan sampingan lain.

Suntikan kedua akan menyusul pada 24 Mei.

Apabila dihubungi oleh The Star Chung berkata dia berserah kepada Tuhan kerana nyawa kita milik Tuhan, justeru adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat negara ini untuk mendapatkan vaksinasi bagi melindungi sesama sendiri.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here