GAMBAR : U.S. Secretary of Defense, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

 

JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendapati sehingga semalam, seramai 1,411 warga emas di negeri itu gagal menghadirkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 walaupun sudah berdaftar.

Pengarahnya Dr Zaini Hussin berkata sejak 22 April sehingga semalam, seramai 8,106 warga emas yang berdaftar dan sepatutnya menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Tetapi seramai 1,411 orang warga emas didapati tidak hadir.

“Kita tidak tahu apa punca sebenar punca mereka tidak tampil untuk menerima vaksin walaupun sudah berdaftar,” katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.

Sebagai rekod golongan warga emas di Kelantan mula menjalani suntikan melalui fasa kedua program imunisasi yang bermula pada 22 April lalu.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan seramai 589,951 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Katanya, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 930,059 individu yang menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,520,010 dos setakat semalam.

Sementara itu, Zaini berkata sehingga 7 Mei ini dijadualkan seramai 4,164 warga emas lagi bakal menerima suntikan.

Katanya, ia membabitkan empat daerah berbeza dan diharap mendapat kerjasama yang baik daripada mereka yang sudah berdaftar.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/573523
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here