GAMBAR: NSTP.

 

MANILA — Tangkap sesiapa yang gagal memakai pelitup muka dengan betul. Itu arahan terkini Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam usaha mendidik masyarakat mematuhi protokol kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul termasuk yang memakai di bawah hidung.

“Arahan saya kepada polis ialah, mereka yang tidak memakai pelitup dengan betul, demi untuk melindungi orang awam… tangkap mereka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat para pegawai pasukan petugas khas pandemik hari ini.

Katanya, mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan boleh ditahan sehingga sembilan jam.

Tegas Duterte, hanya dengan tindakan sedemikian orang ramai akan patuh dengan pemakaian pelitup muka yang betul.

“Jika saya tidak buat begitu, jika saya tidak tegas, apa pun tak akan berlaku,” katanya lagi.
Tahun lalu, Duterte pernah memberi amaran keras kepada rakyatnya bahawa mereka akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here