Oleh Zainal AS Rashid

ORANG ramai bersimpati dengan pemilik restoran nasi ayam yang telah didenda kerana melanggar SOP.

Berikutan itu mereka menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membayar denda itu bagi pihak pemilik kedai tersebut, lapor The Star.

Bagi pengguna Facebook, Sunny Lim Teng Chuan berasa sedih apabila mendengar bahawa pemilik kedai nasi ayam itu terpaksa ‘membayar’ di atas kegagalan Najib mematuhi SOP Covid-19.

Joe CL dan @Trigger McBurn juga bersetuju bahawa Najib sepatutnya membantu pemilik kedai itu membayar denda.

Pada 6 Mei lalu media melaporkan bahawa pemilik Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Yeok Wei Hao akan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib mengimbas kehadiran melalui aplikasi kod QR mySejahtera atau mengisi butiran pada buku kunjungan pelanggan.

Kompaun dikenakan ke atas Najib dan Yeok kerana melanggar Perkara 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Melalui post yang dimuat naik ke Facebook, Najib mengaku bahawa beliau tidak mendaftarkan butiran kerana beliau dibawa terus memasuki restoran apabila tiba di premis tersebut.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk membayar denda di atas kesalahannya itu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here