Pelajar-pelajar UiTM bergambar menunjukkan tanda bagus sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM- Para pemandu bas Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipastikan cergas dan diuji air kencing mereka sebelum dibenar menghantar pelajar pulang ke destinasi yang telah ditetapkan.

Menurut Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof.Dr.Roziah Mohd.Janor: “Alhamdullillah kesemua ujian air kencing pemandu bas negatif, dengan ini kita bersedia untuk memulakan perjalanan. Setiap bas ada dua orang pemandu.

“Pelajar-pelajar juga disaring suhu badan bagi memastikan mereka tidak demam dan selsema,” kata beliau pada Majlis Pelepasan Bas Sempena Program Ops Pulang Aidilfitri di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini (Jumaat, 7 Mei).

Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi, Prof.Ts.Dr.Mohd.Nazip Suratman.

Terdahulu awal minggu ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan seramai 70,000 pelajar Insititut Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke kampung masing-masing bermula hari ini hingga 10 Mei.

Roziah berkata, seramai 100 lebih pelajar dihantar pulang dengan 13 bas ke Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur.

Roziah (dua dari kiri) dan Mohd.Nazip (kiri) memantau penghantaran pulang pelajar ke destinasi masing-masing.

“Kesemua pelajar duduk seorang di setiap kerusi dan kita menasihatkan pelajar untuk menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas QR code MySejahtera,”kata beliau.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here