Oleh Fetty Rara

PAKAR kesihatan awam di United Kingdom semakin bimbang dengan satu versi varian Covid-19.

Menurut BBC, Public Health England (PHE) kini sedang memantau rapi perkembangan varian B.1.617.2 yang nampaknya menular lebih cepat berbanding dua varian dari India.

Para saintis juga percaya bahawa ia sekurang-kurangnya secergas varian yang di kesan di Kent pada tahun lalu.

Seorang jurucakap PHE berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut bagaimana data berhubung perkara itu didedahkan.

Beliau, bagaimana pun, memberitahu BBC bahawa vaksin yang ada sekarang tidak berkesan untuk menangani varian India itu.

Adalah dipercayai lebih daripada 500 kes B.1.617.2 telah dikesan di England, dengan jumlah tertinggi direkodkan di London dan bahagian barat laut UK.

Data terkini menunjukkan peningkatan ketara berbanding 202 kes yang direkodkan secara rasmi oleh PHE sejak 28 April, namun masih merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan kes.

Juga, masih tidak dapat diketahui sebanyak mana jangkitan yang berlaku sekarang dikaitkan dengan perjalanan ke luar negara.

Namun demikian, telah muncul tanda-tanda signifikan bahawa yang berlaku adalah jangkitan dalam komuniti- kebanyakannya berkaitan tempat bekerja dan perhimpunan keagamaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here