GAMBAR: Photographs by JarrahTree...commons.wikimedia.org, CC BY 2.5 AU , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

AUSTRALIA akan menyambung semula semua penerbangan membawa pulang sesetengah rakyatnya di India setelah larangan berakhir pada 15 Mei.

Ia berikutan kecaman teruk yang diterima oleh Perdana Menteri Scott Morrison kerana gagal membantu rakyat Australia yang terkandas di India, lapor bbc.com.

Larangan itu juga mencetuskan kemarahan apabila kerajaan berkata sesiapa yang kembali ke Australia akan dipenjarakan atau pun didenda.

Hari ini beliau terpaksa mengalah dan berkata akan membenarkan kepulangan rakyat yang berisiko, iaitu seramai 900 orang yang berdaftar dengan kerajaan daripada jumlah lebih 9,000 di India.

Morrison berkata beliau menjangka larangan penerbangan memasuki Australia berakhir pada 15 Mei, tetapi akan menunggu sehingga minggu hadapan sebelum membuat keputusan sama ada akan membenarkan semua penerbangan komersial dari India.

Walaupun berita tersebut disambut dengan sedikit kelegaan, namun ramai yang bimbang tidak akan dapat mengesahkan tiket penerbangan atau tidak mampu membayar kos yang tinggi.

Sementara itu, menteri Perdagangan Australia, Dan Tehan berkata semua pintu sempadan ke negara itu mungkin tidak akan dibuka sehingga pertengahan atau separuh kedua 2022.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here