Oleh Arrazzaq Nazri

KUALA LUMPUR- Klip video kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran untuk menghantar pesalah rentas negeri tanpa kebenaran yang tular di media sosial merupakan bahan yang dikitar semula.

Klip berkenaan dilaporkan telah disiarkan tahun lalu.

Dalam klip video berkenaan, Hamzah memberitahu, pesalah akan dihantar terus ke 13 pusat latihan penjara untuk tujuan memenjarakan mereka.

Katanya lagi, tiada kompaun dikenakan kali ini buat pesalah yang melakukan kesalahan tersebut.

Antara komen netizen berhubung video tersebut, ada yang mahu tindakan yang sama dikenakan kepada golongan kayangan yang membuat pelbagai helah untuk merentas negeri.

Kebanyakan netizen menganggap hukuman ke penjara khas akan menjadikan kes Covid-19 lebih banyak apabila pelanggar prosedur operasi standard (SOP) berkumpul sesama mereka dalam jumlah yang ramai.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here