FOTO: Aziz A. Shariff.

 

Oleh Zainal AS Rashid

SUKAN dan rekreasi di kawasan terbuka yang tidak membabitkan interaksi fizikal rapat dibenarkan bermula hari ini (8 Mei).

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) aktiviti yang dibenarkan termasuk berbasikal, jogging dan lain-lain bentuk senaman, tetapi perlu dilakukan dalam kawasan kejiranan atau pun dalam daerah yang sama, tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan semasa yang berkuat kuasa di kawasan berkenaan.

Pengumuman tersebut menyusul berikutan reaksi orang ramai berhubung SOP membabitkan aktiviti rekreasi dan sukan sepanjang waktu PKP yang berkuat kuasa.

Turut menyuarakan tentang perkara itu termasuk pakar penyakit berjangkit dan ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Aktiviti tanpa sentuhan di kawasan terbuka perlu mematuhi SOP sedia ada minimum penjarakan fizikal 1.5 meter bagi kawasan terbabit.

Menurut kenyataan KBS itu lagi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengadakan mesyuarat bagi mempertimbangkan rayuan oleh pihak KBS supaya mengkaji semula keputusan berhubung SOP rekreasi dan sukan sepanjang waktu PKP dari 7 hingga 20 Mei.

Sebelum ini semua bentuk sukan dan aktiviti rekreasi di kawasan di bawah PKP tidak dibenarkan selama dua minggu.

Aspek lain bagi sektor rekreasi dan sukan akan diperbaiki pada mesyuarat teknikal MKN akan datang.

Kerajaan telah meletakkan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Johor, Perak dan Terengganu di bawah PKP bermula dari 7 hingga 20 Mei, setelah arahan yang sama dikuatkuasakan di enam daerah di Selangor dari 6 hingga 17 Mei.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here