Oleh Fetty Rara

SATU kenyataan daripada Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin berkata kira-kira 53 warga Palestin mengalami kecederaan berikutan pertempuran di dalam kawasan Haram al-Sharif, Baitulmuqaddis semalam.

Agensi berita Anadolu Turki memetik seorang pegawai Jerusalem Islamic Waqf  yang bertanggung jawatan mentadbirkan kawasan tersebut bahawa pasukan polis Israel telah mencuba untuk menyuraikan jemaah yang bersolat tarawih di dalam Haram al-Sharif menggunakan bom tangan (stun grenade) dan bom gas.

Serangan mengejut pasukan polis Israel ke atas jemaah di Masjid al-Qiblatain yang terletak di dalam kawasan Al-Aqsa di balas oleh beberapa kumpulan pemuda Palestin dengan lontaran batu dan botol kaca.

Sementara itu, pertempuran juga berlaku di antara pasukan keselamatan Israel dan penduduk Palestin yang cuba memasuki Al-Aqsa melalui pintu Bab Al-Silsila.

Pencerobohan oleh pasukan polis Israel yang turut menyerang sekumpulan pemuda Palestin di hadapan pintu Damascus dan Es-Sahire telah menyebabkan panik dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Polis hanya membenarkan orang ramai memasuki kawasan Al-Aqsa melalui pintu di al-Balda al-Qadimah (Old City).

Campur tangan polis dilaporkan berlaku dari semasa ke semasa terhadap orang Islam di dalam masjid kawasan tersebut ketika berlangsung solat tarawih pada sepanjang Ramadan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here