GAMBAR: Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi kelulusan kecemasan kepada vaksin Covid-19 buatan syarikat milik kerajaan komunis China, Sinopharm.

Ia merupakan vaksin pertama yang dihasilkan oleh bukan negara barat mendapat kelulusan WHO, lapor bbc.com.

Vaksin tersebut telah diberikan kepada berjuta penduduk China dan di beberapa negara lain.

Sebelum ini WHO hanya meluluskan penggunaan vaksin keluaran Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.

Keadaan terdesak telah memaksa beberapa negara, termasuk negara miskin di Afrika, Amerika Latin dan Asia meluluskan suntikan dos vaksin China untuk keadaan kecemasan.

Tanpa data lengkap dan terperinci sebelum ini, keberkesanan vaksin buatan China masih belum tentu berkesan untuk diberikan kelulusan.

Bagaimana pun, pihak WHO semalam (7 Mei) telah memberikan pengiktirafan berhubung keselamatan, kualiti serta keberkesanan vaksin Sinopharm.

Pertubuhan itu mencadangkan supaya vaksin tersebut menggunakan kaedah suntikan dua dos kepada individu yang berusia 18 ke atas.

Keputusan dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi berhubung satu lagi vaksin buatan China yang dihasilkan oleh Sinovac, sementara vaksin buatan Rusia, Sputnik V masih menjalani proses penilaian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here