KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini melaporkan bilangan kenderaan yang memasuki negeri itu meningkat sebanyak lima peratus berbanding biasa sejak Jumaat lalu dan sebanyak 75 kenderaan telah diarah berpatah balik selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pertambahan itu dalah hasil pemeriksaan menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu-pintu masuk utama ke negeri ini iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli

Shafien berkata, selain mewujudkan pasukan pemantauan khas, lima SJR turut ditambah melibatkan tiga buah daerah iaitu di Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya akan menambah bilangan pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli belah.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here