MAKKAH – Khabar gembira buat bakal jemaah haji apabila kerajaan Arab Saudi  mengumumkan bahawa, rukun Islam yang kelima itu akan dilangsungkan pada tahun ini.
Bagaimanapun tidak dinyatakan secara terperinci keputusan itu termasuk jumlah jemaah yang dibenarkan serta syarat lain yang ditetapkan berhubung prosedur perjalanan ibadah itu.

Walaupun ibadah itu ‘tidak terhenti’ tahun lepas tetapi ‘menutup’ peluang jemaah dari luar malahan mengehadkan dalam jumlah terkecil.

Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan semalam menyatakan ibadah haji diteruskan dengan mengikuti piawaian dan peraturan kesihatan serta keselamatan demi kesejahteraan jemaah.

“Institusi kesihatan di Arab Saudi akan terus menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk menjaga kesihatan seluruh jemaah,” tambah kementerian itu.

Menurut Saudi Press Agensi (SPA), kementerian itu akan mengumumkan tidak lama lagi langkah-langkah khusus dan rancangan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Tahun lalu, ibadah haji yang biasanya menyaksikan kehadiran lebih  2.5 juta umat Islam dikurangkan untuk pertama kalinya dalam sejarah moden dengan hanya mengehadkan 1,000 jemaah berikutan pandemik Covid-19.

Hanya mereka yang berada di Tanah Suci itu sahaja termasuk warganegara luar dipilih dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here