SEBANYAK 4,855 jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 458,077 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes hari ini tertinggi sejak 31 Jan yang merekodkan 5,298 kes.

Sejak seminggu ini, jangkitan melebihi 4,000 kes sehari.

Lembah Klang terus mendahului kes harian tertinggi, dengan Selangor 1,783 kes dan Kuala Lumpur 521 kes.

Johor (467), Kelantan (339), Sarawak (395) dan Pulau Pinang (395) juga terus merekodkan peningkatan.

Sementara itu, Perak pula merekodkan lonjakan kes hampir sekali ganda hari ini dengan 302 kes berbanding semalam 172 kes.

https://bit.ly/3fjqSrD
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here