Oleh Arrazzaq Nazri

KUALA LUMPUR –Satu mesej tular yang mendakwa tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka di seluruh negara adalah berita palsu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY) melalui satu ciapan di Twitter rasminya berkata, pautan yang disertakan dengan mesej itu juga hanyalah untuk pendaftaran vaksinasi, bukan untuk menempah vaksin AstraZeneca.

“Pendaftaran vaksin AstraZeneca belum dibuka. Pautan yang tersebar di WhatsApp adalah untuk pendaftaran vaksinasi, bukan untuk tempah AstraZeneca. Tempahan belum dibuka lagi.

“Bagaimanapun, untuk tempah AstraZeneca, anda perlu daftar untuk vaksinasi. Jadi, boleh daftar dahulu jika belum,” katanya dalam ciapan tersebut.

JKJAVMY turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut.

Jelasnya lagi, pihaknya menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih menerusi laman sesawang atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here