Oleh Arrazzaq Nazri

KUALA LUMPUR-Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menafikan bahawa semua kakitangannya akan bekerja dari rumah (BDR) mulai esok.

Pos Malaysia dalam hantaran di laman sesawangnya berkata, kenyataan yang ditular oleh individu tidak bertanggungjawab adalah palsu.

“Orang ramai diminta untuk tidak menghebahkan dakwaan palsu ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, hantaran tersebut tular di media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here