Oleh Zainal AS Rashid

SESETENGAH pengguna MySejahtera menggunakan media sosial untuk mengadu tentang  beberapa isu membabitkan aplikasi tersebut pada Khamis (3 Jun).

Berdasarkan beberapa post Twitter, mereka berkongsi masalah ketika menggunakan aplikasi tersebut untuk memasuki premis atau mengakses maklumat, termasuk untuk mengemas kini butiran vaksinasi Covid-19.

Selain itu pengguna turut menurunkan ‘review’ pada laman MySejahtera Google Play Store tentang kesukaran ‘check-in’ menggunakan aplikasi berkenaan, sementara ada pula yang berkata hanya butang ‘History’ (Sejarah) dapat diakses.

Sekurang-kurangnya seorang pengguna mendakwa bahawa nama dan rekod vaksinasinya telah hilang daripada aplikasi tersebut.

Terdahulu, MySejahtera dikatakan belum memberikan sebarang respons kepada mana-mana pengguna yang telah ‘tag’ akaun berkenaan berhubung isu berterusan pada platform itu.

Susulan itu semakan pada laman MySejahtera di Google Play menunjukkan bahawa sesetengah pengguna telah menerima respons daripada pihak pengendali platform yang menjelaskan bahawa aplikasi tersebut sedang mengalami ‘trafik yang tinggi’.

Pada bahagian ‘review’ MySejahtera menasihatkan pengguna supaya melakukan ‘troubleshooting’ dengan cara memandam dan memasang semula aplikasi tersebut, selain diminta menghubungi pihak pengendali melalui e-mel [email protected] sekiranya masih berdepan dengan masalah.

Bagaimana pun ada dalam kalangan pengguna berkata bahawa dengan berbuat demikian akan menyebabkan maklumat mereka hilang.

Pada 26 Mei lalu MySejahtera telah memaklumkan melalui Twitter bahawa pengguna mungkin akan menghadapi masalah mengakses beberapa fungsi aplikasi itu disebabkan kadar trafik terlalu tinggi dan dinasihatkan supaya berbuat demikian kemudian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here