GAMBAR: Twitter ATM.

 

Oleh Fetty Rara

SEBUAH pusat vaksinasi pandu lalu akan dibuka di Kem Sungai Besi tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memulakan inisiatif ini secepat mungkin untuk memvaksinasi kakitangan tentera dan ahli keluarga mereka.

Ismail Sabri berkata beliau berpuas hati setelah melihat ‘mock-up’ pusat tersebut yang mampu memberikan vaksinasi kepada di antara 1,000 hingga 2,000 orang setiap hari.

Beliau berkata pusat pandu lalu juga akan dibuka di kem-kem lain bagi memvaksinasi lebih ramai kakitangan setiap hari.

Ismail Sabri memberitahu wartawan melalui sidang media maya pada Khamis (3 Jun) bahawa kemudahan pandu lalu akan juga dibuka untuk awam setelah selesai program vaksinasi kakitangan tentera dan ahli keluarga mereka.

Menurut beliau lokasi kemudahan tersebut akan diumumkan kemudian, tetapi berkata ia mungkin terletak berdekatan kem tentera bagi memudahkan logistik.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here