mekah kaabah
Image by jakman1 from Pixabay

JAKARTA – Kerajaan Indonesia hari ini memutuskan untuk tidak menghantar rakyatnya untuk menunaikan ibadah haji di Makkah pada tahun ini, lapor detiknews.com

Keputusan membatalkan penghantaran jemaah haji dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Agama Indonesia dan diumumkan oleh Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas dalam pengumuman yang dibuat secara maya.

Yaqut Cholil Qoumas mengakui bahawa keputusan itu merupakan sesuatu yang sangat pahit untuk diputuskan tetapi ia adalah keputusan terbaik selepas dilakukan kajian mendalam.

Beliau berkata, salah satu sebab keputusan itu diambil kerana Kerajaan Arab Saudi belum membuka akses bagi penyelenggaraan ibadah haji tahun 2021.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here