Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SATU mesej tular yang mendakwa bahawa sesiapa yang keluar rumah selepas pukul 6.00 petang akan ditangkap oleh polis adalah palsu.

Ketua Polis Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mesej berkenaan adalah palsu kerana orang ramai dibenarkan keluar untuk ke kedai yang dibuka sehingga pukul 8.00 malam.

Melalui kenyataan berhubung perkara itu yang dikeluarkan pada Khamis (3 Jun) beliau berkata orang ramai tidak sepatutnya menyebarkan berita palsu atau maklumat yang tidak sahih.

Beh berkata adalah menjadi kesalahan serius menyebarkan berita palsu berhubung Covid-19 dengan tujuan mencetuskan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis Sentul melalui nombor 03-4048 2206 atau mana-mana balai polis terdekat.

Video yang menjadi tular pada Rabu (2 Jun) itu mendakwa bahawa hanya mereka yang keluar kerana kecemasan dan bagi tujuan perubatan dibenarkan selepas pukul 6.00 petang, sementara orang ramai yang keluar hanya untuk membeli makanan akan ditahan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here