Siti Fatimah (kiri) membelai Muhammad Amirul Alif sambil diperhatikan Nor Shabudin (dua dari kiri).

KLANG – Sebuah keluarga dikagumi tetap tabah menjaga anak Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori sakit kepala besar sejak dia dilahirkan 15 tahun lalu.

Muhammad Amirul Alif Azemi,15, telah tiga kali dibedah untuk membuang cecair di dalam kepalanya itu.

Menurut ibunya, Siti Fatimah Tapsir,45, kesan pembedahan tersebut menyebabkan Muhammad Amirul Alif menjadi trauma melihat orang berpakaian putih.

“Kebiasaannya pesakit kepala besar akan mengalami sumbing mulut, buta dan pekak tetapi anak saya tidak sedemikian.

Beliau berkata demikian ketika dikunjungi kehadiran Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanic, Datuk Nor Shabudin Monil di Kampung Perepat Kapar baru-baru ini.

Siti Fatimah berkata beliau dan suaminya, Azemi Che Mat, 47, menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk anak sulungnya itu.

Jelasnya lagi, anaknya yang mengalami masalah kaki dan tangan mengerekot itu, hanya makan roti coklat dicicah air susu sebagai makanan harian dan perlu memakai lampin pakai buang.

“Saya dengan ini mengucapkan terimakasih kepada pihak yang menyumbang katil boleh laras. Sebelum ini kalau hendak tinggikan kepala untuk dia makan saya perlu tambah satu lagi bantal,”katanya.

Nor Shabudin (kanan) menyampaikan sumbanganl katil boleh laras kepada Muhammad Amirul Alif.

Sementara itu, Nor Shabudin berkata, selama 15 tahun kanak-kanank ini terlantar di pembaringan tetapi adanya katil boleh laras ini, urusan untuk menjaganya menjadi lebih mudah sedikit.

“Hari ini kita menghulurkan sumbangan bernilai RM5,000 dalam bentuk katil boleh laras, stok lampin pakai buang dan susu formula untuk Muhamad Amirul Alif,” kata beliau.

Orang ramai boleh menghulur sumbangan kepada Muhammad Amirul Alif melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) nombor akaun 0301541000038318 milik Azemi Che Mat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here