Foto Twitter @JalalAK_jojo

 

BAITULMUQADDIS – Seramai 23 peserta yang menyertai larian solidariti membantah cadangan pengusiran rakyat Palestin di Baitulmuqaddis Timur, mengalami kecederaan selepas pasukan keselamatan Israel menyerang mereka tanpa sebab.

Beribu-ribu pelari mengambil bahagian dalam acara yang bermula di Sheikh Jarrah dan berakhir di 3.5 kilometer di Silwan.

Menurut wartawan Al-Jazeera Hoda Abdel Hamid, pasukan keselamatan Israel telah menyerang pelari yang terlibat dengan bom tangan pegun (stun grenades) meskipun larian berkenaan tidak menyebabkan sebarang kekacauan.

Beliau berkata, peserta larian itu memakai baju T putih yang tertulis “7,850 yang menandakan bilangan penduduk yang berdepan dengan pengusiran secara paksa oleh kerajaan Israel.

“Golongan muda yang menyertai larian itu hanya menyanyi dan bergembira selepas berjaya menyelesaikan larian berkenaan (apabila diserang),” kata beliau.

Salah seorang peserta larian Jalal Abu Khater berkongsi gambar betisnya yang lebam dan menyatakan beliau telah dipukul enam kali ketika diserang oleh pasukan keselamatan Israel hanya melakukan larian di bandar yang menjadi tanah tumpah darahnya.

Kumpulan pejuang hak asasi manusia di Israel, Ir Amim berkata, dianggarkan sekurang-kurangnya 150 buah rumah yang berdepan dengan pengusiran di kejiranan Sheikh Jarah dan Silwan telah diberikan notis supaya keluar dari rumah mereka.

Kerajaan Israel membenarkan penggunaan undang-undang yang digubal pada tahun 1970 untuk membolehkan rakyat Yahudi mendapatkan semula tanah mereka yang hilang ketika perang berlaku ketika pembentukan negara Israel, tetapi hak yang sama tidak diberikan kepada rakyat Palestin.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here