KUALA LUMPUR -Dr.Fatihah Shaharuddin yang dilapor dijangkiti Covid-19, selamat melahirkan bayinya secara pembedahan cesarean pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi melalui tweet @khairul_Hafidz yang memberitahu, beliau menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“Saya telah menerima maklumat dari keluarga terdekat dan mendapat kebenaran mereka untuk memaklumkannya dalam media sosial.

“Alhamdulillah, ibu telah selamat melahirkan secara pembedahan. Kedua-dua anak dan ibu stabil tapi masih di ICU,”katanya dalam ciapan tersebut.

Semalam media melaporkan, seluruh rakyat Malaysia diminta bersama-sama berdoa agar seorang doktor yang sedang dikomakan akibat dijangkiti Covid-19 agar kembali sembuh dan sihat.

Dr. Fatihah sedang mengandung 29 minggu.

Dalam satu hantaran di Public Health Malaysia, seorang saudaranya bernama Maisarah Shaharudin meminta orang ramai sama-sama mendoakan Dr. Fatihah dan kandungannya.

Manakala menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fiza Asiqin di Twitter, pemilik akaun itu berkata, Dr Fatihah kini berada dalam kategori 5 dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Beliau yang menerima rawatan di Hospital Kajang telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh semalam.

Katanya, bayi tersebut mungkin terpaksa dikeluarkan jika keadaan Dr. Fatihah semakin buruk.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here