Oleh Fetty Rara

PERSATUAN Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) menggesa ahlinya supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika menghadapi bermasalah apabila berdepan dengan agensi penguatkuasaan kerajaan.

Timbalan presiden kebangsaan persatuan, Sri Ganesh Michiel berkata pihaknya telah menerima maklum balas negatif daripada pengusaha hotel apabila diminta supaya menutup operasi mereka oleh agensi penguatkuasaan yang menurut beliau tidak memahami SOP ‘lockdown penuh’.

Beliau berkata agensi-agensi berkenaan tidak menghormati Kebenaran untuk Beroperasi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (Miti) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau berkata pengumuman pada minit terakhir mengenai perubahan kepada peraturan kebenaran operasi telah mendapat reaksi negatif, mengganggu kelancaran operasi industri hotel dan membebankan pengusaha.

Sri Ganesh berkata badan-badan kerajaan, termasuk Majlis Tindakan Negara (MKN), Motac, polis dan pihak berkuasa tempatan perlu berusaha memastikan pelaksanaan lancar perintah kawalan pergerakan penuh.

Menurut beliau semua pihak penguat kuasa perlu mempunyai tahap pengetahuan tinggi berhubung SOP industri hotel dan penginapan yang terletak di bawah senarai Perkhidmatan Penting semasa penguatkuasaan penuh PKP sekarang.

Pada Ahad (6 Mei) Motac berkata permohonan surat kebenaran beroperasi bagi premis hotel perlu dibuat melalui sistem pengurusan pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 yang diuruskan oleh Miti bermula dari 6 Jun hingga 14 Jun. Surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan oleh Motac sebelum ini tamat pada Sabtu (5 Jun).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here