GAMBAR: Eluveitie, CC BY-SA 3.0 , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

QANTAS berkata syarikat penerbangan Australia itu berasa ‘terganggu’ dengan dakwaan sesetengah kakitangannya mungkin terbabit dalam jenayah terancang, berikutan laporan media negara itu bahawa beberapa geng telah menyusup masuk ke dalam operasinya.

Akhbar milik syarikat media Nine dan 60 Minutes sebelum ini melaporkan dakwaan tersebut berdasarkan satu operasi perisikan sulit, lapor bbc.com.

Menurut media tersebut pihak agensi penyiasatan percaya bahawa beberapa kumpulan jenayah terancang menyusup masuk ke syarikat penerbangan itu untuk memudahkan aktiviti operasi aktiviti jenayah.

BBC telah cuba mendapatkan komen daripada pihak berkuasa Australia.

Akhbar media Nine berkata operasi perisikan sulit mendapati sekurang-kurangnya 150 kakitangan Qantas mempunyai kaitan dengan geng penjenayah, termasuk geng motosikal yang terbabit dalam aktiviti menyeludup dadah dan lain-lain.

Laporan tersebut berkata dakwaan berkenaan dianggap ‘serius dan merupakan ancaman kepada sistem pintu kawalan sempadan Australia’.

Akhbar Nine juga berkata sumber rasmi yang memberi taklimat berhubung hasil siasatan tidak dapat bercakap secara terbuka kerana faktor kerahsiaan.

Antara dakwaan termasuk berhubung satu geng motosikal yang menjalankan operasi di lapangan terbang Qantas Sydney melalui kerjasama dengan penjenayah lain bagi penyeludupan dadah.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here