GAMBAR hiasan: Indian Navy, GODL-India , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

SEBUAH kapal Agensi Pengawal Pantai China telah dilaporkan memasuki perairan Malaysia berhampiran Miri, Sarawak.

Kejadian terbaharu itu berlaku hanya beberapa hari selepas pesawat Tentera Udara China dikesan berhampiran ruang udara Malaysia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kapten Md Fauzi Othman berkata agensi tersebut telah menerima satu laporan berhubung kapal China itu dekat Beting Patinggi Ali pada 4 Jun lalu.

Lokasi kawasan yang juga dikenali dengan nama Luconia Shoals, Beting Patinggi Ali itu terletak kira-kira 84 batu nautika dari pantai Miri.

Md Fauzi berkata pihaknya telah mengerahkan beberapa aset Maritim Malaysia bersama aset Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) ke kawasan berkenaan bagi memantau keadaan.

Beliau juga berkata bahawa kawasan Beting Patinggi Ali sentiasa dikawal bagi menjaga kedaulatan negara.

Pada 3 Jun lalu Wisma Putera telah memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk disampaikan nota bantahan Malaysia berhubung kejadian yang membabitkan kehadiran pesawat Tentera Udara China di ruang udara Malaysia berhampiran pantai Sarawak.

Menurut TUDM kumpulan 16 pesawat China itu dikesan terbang dalam formasi taktikal berhampiran Luconia Shoals.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here