GAMBAR: Pejabat Sultan Selangor.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut kerana negeri itu hanya menerima sebanyak 615, 210 dos vaksin Covid-19, dan bukan 2.9 juta seperti yang didakwa.

Jumlah sebegitu dikatakan tidak seimbang untuk penduduk negeri Selangor seramai 6.5 juta.

Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamed Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa (8 Jun) berkata, “Adalah tidak adil apabila  nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak   seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah   6.5 juta.”

“Baginda juga suka untuk mengingatkan bahawa negeri Selangor adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri itu.”

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CTIF) baru-baru ini telah mengesahkan bahawa Selangor hanya menerima sebanyak 615,210 dos vaksin Covid-19 dan bukan seperti yang dinyatakan melalui data yang disediakan oleh kementerian Persekutuan.

Menurut kenyataan itu lagi  Sultan Sharafuddin turut menitahkan bahawa dalam keadaan sekarang nyawa harus diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain.

Mohamad Munir berkata baginda juga mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) ditambah, khususnya di kawasan luar bandar di negeri itu.

Baginda juga percaya bahawa pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak  mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here