GAMBAR: NSTP.

 

PEMANDU teksi merayu kepada kerajaan, khususnya Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani supaya menyelesaikan isu kekeliruan membabitkan operasi perkhidmatan itu yang masih berlaku di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Presiden Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM) Kamaruddin Hussain berkata, kenyataan Acryl Sani pada 6 Jun bahawa surat pengesahan daripada kementerian atau agensi diterima pakai di SJR bukan sahaja mengelirukan pemandu, malah anggota polis yang bertugas.

Katanya, kekeliruan itu timbul apabila pihak polis masih meminta surat kebenaran operasi, termasuk surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) daripada pemandu sedangkan industri itu dibenar beroperasi sepanjang PKP 3.0 di bawah SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sehingga awal pagi ini, kami masih menerima banyak aduan daripada ahli kami di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang dan di Labuan yang mendakwa mereka menghadapi masalah ketika melalui SJR.

Kamaruddin berkata, ketika melalui SJR, ahli mereka bukan sahaja diminta mengemukakan surat daripada MITI, malah ada yang mengadu tidak dibenarkan beroperasi.

“Sehubungan itu, kami ingin bertanya apakah kami masih diwajibkan mendapatkan surat kebenaran beroperasi daripada mana-mana 10 kementerian atau agensi yang disenaraikan oleh polis atau sebaliknya?

“Sekiranya perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi, tolong maklumkan nama kementerian atau agensi terbabit (untuk pemandu teksi ambil surat yang diterima polis di SJR),” katanya sambil memaklumkan ia lebih memudahkan pemandu teksi untuk beroperasi.

Sebelum ini Acryl Sani berkata, polis menyenaraikan 10 surat kebenaran daripada agensi dan kementerian, termasuk MITI yang diterima pakai di sekatan jalan raya.

Katanya, semua surat itu, berdasarkan sektor yang diluluskan, akan diterima di sekatan jalan raya untuk pergerakan antara rumah pekerja dan tempat kerja mereka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.

Senarai tersebut adalah seperti berikut:

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi)
  • Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Bank Negara Malaysia
  • Suruhanjaya Sekuriti
  • Kerajaan Tempatan
  • Polis
Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/08/pemandu-teksi-rayu-selesai-segera-isu-kekeliruan-di-sjr/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here