student study
Photo by Muhammad Haikal Sjukri on Unsplash
Oleh Wan Afiqah Anis bt Wan Ahmad

Menyayangi diri sendiri itu sangat penting terutama ketika kita semua berdepan dengan pelbagai ujian. Segala lopong yang ada pada diri sendiri harus kita sedari, titik beratkan dan kemudian, ia diisi untuk memperbaiki diri kita sendiri, lebih mendekatkan diri kepada Allah, belajar ilmu agama atau ilmu-ilmu lain untuk meningkatkan pengetahuan kita.

Inilah apa yang saya maksudkan sebenar dengan menyayangi diri sendiri. Kita perlu sayang diri sendiri sebelum kita menyayangi orang lain dan meminta simpati untuk disayangi.

Terkesan bukan dengan pandemik ni? Ayuh! Fikirkan…dahulunya kita sibuk, ke sana dan ke sini, barangkali inilah masanya untuk kita lebih menyendiri, menyayangi diri sendiri dan setelah itu, menimba ilmu, memperbaiki diri dan untuk kita lebih menghargai.

Hidup harus diteruskan, kita kena kuat demi yang tersayang. Ustaz saya selalu berpesan, ujian itu adalah wajib dalam kehidupan kita, hidup itu ujian dan ujian itu kehidupan.

Tersentap juga seketika apabila rupanya yang baik itu juga ujian dan yang tak baik itu juga ujian. Setelah itu, Allah menurunkan ujian kepada kita kerana Allah sayang kita dan Allah mahu menguji hambaNya yang paling bertakwa. Sayangnya Allah kepada kita, Allah uji kita tatkala kita dibuai dengan mimpi indah yang mungkin tidak disukai Allah.

Sebagai pelajar, ujian menjadi tanda kita memahami sesuatu subjek itu ataupun tidak. Para pensyarah atau guru akan menggunakan kaedah ujian atau peperiksaan untuk memastikan para pelajar mereka memahami subjek yang diajar dan mengukuhkan pengetahuan mereka terhadap sesuatu subjek tersebut.

Maka, usahlah gusar dan sedih, sudah tentu ujian atau peperiksaan yang telah diatur oleh para pensyarah atau guru itu sangat penting ya adik-adik semua. Teruskan berusaha malahan walau secara atas talian.

Tidak dinafikan pembelajaran dan pengajaran atas talian juga adalah satu bentuk ujian yang sangat besar bagi kita semua. Masakan tidak, ada di antara ibu bapa kita terpaksa membeli peralatan elektronik demi memastikan anak-anak mereka mendapat pembelajaran yang terbaik.

Percayalah, Allah selalu menolong kita. Sentiasa ada pertolongan Allah bagi mereka yang sabar dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Belajar lah wahai adik-adik, ini lah dia satu sifat yang terpuji, juga satu unsur yang menunjukkan bahawa kita menyayangi diri kita sendiri. Ilmu lah yang akan memartabatkan kita dan ilmu lah akan menjadi cahaya kehidupan kita seterusnya.

Akhir kata, semasa pandemik ini, penting sekali bagi kita untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain dan . Barangkali, ini adalah hadiah dan anugerah terindah daripada Allah untuk kita semua seakan – akan “wake up” call untuk kita saling menghargai, menyayangi dan paling penting, love yourself first.

Guru saya selalu menyebut, “If your stop learning, you will stop growing”. Semoga dalam hati kita, kita sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan, sayang diri sendiri dahulu, untuk menyayangi orang lain dan ummah.

*Wan Afiqah Anis bt Wan Ahmad merupakan guru Bahasa Inggeris, Universiti Malaya,Kkampus Bachok, Kelantan

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here