Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dikenakan kompaun RM1,500 kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesalahan itu dilakukan Tajuddin ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu, lapor Sinar Harian.

“Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh beliau (Tajuddin) telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada Selasa dengan keputusan kompaun sebanyak RM1,500.

“Ini atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Jun).

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.
Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here