GAMBAR: Hoheit, to commons uploaded Daniel.baranek 11:10, 6 May 2007 (UTC), CC BY-SA 2.0 DE , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

KERAJAAN Israel yang bakal diganti telah memberikan kebenaran untuk puak Yahudi Zionis mengadakan perarakan di kawasan penduduk Islam di Baitulmuqaddis.

Sebelum ini perarakan tersebut telah dibatalkan oleh pihak penganjur kerana bimbang ia akan mencetuskan konflik sekali lagi, lapor bbc.com.

Perarakan bendera di kawasan penduduk Islam itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Khamis (10 Jun), tetapi dibantahi oleh polis yang menolak penggunaan laluan asal.

Berikutan itu perarakan akan diadakan pada Selasa depan.

Kumpulan pejuang Hamas yang menguasai Gaza telah memberi amaran akan bertindak sekiranya perarakan tersebut diteruskan.

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh di Gaza dan 13 orang di Israel sepanjang konflik 11 hari pada bulan lalu.

Kebenaran untuk perarakan itu telah diluluskan oleh kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Selasa (8 Jun).

Sementara itu, Knesset (parlimen Israel) dijangka mengundi memilih kerajaan baharu pada Ahad depan, dan sekiranya rancangan bagi menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan diluluskan pentadbiran Netanyahu terpaksa berundur.

Perarakan Hari Baitulmuqaddis yang diraikan oleh puak Zionis pada 10 Mei setiap tahun adalah bagi merayakan ulang tahun penawanan Timur Baitulmuqaddis pada Perang Timur Tengah 1967.

Perarakan disertai oleh ratusan belia Zionis Israel yang mengibarkan bendera dan menyanyi lagu patriotik sambil merentas kawasan penduduk Islam melalui Gerbang Damsyik.

Acara tersebut dianggap sebagai provokasi oleh penduduk Palestin. Ia sepatutnya berlangsung pada hari-hari terakhir Ramadan yang kali ini disambut dengan penderitaan dan pertumpahan darah.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here