SHAH ALAM – Enam kakitangan sebuah bank tempatan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pemohon-pemohon pinjaman peribadi bernilai RM18 juta.

Perintah dikeluarkan Majistret Shah Alam Raja Nor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek bermula hari ini sehingga 15 Jun.

Suspek yang terlibat berusia antara 36 hingga 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM menahan enam pegawai dan kakitangan sebuah bank kerana meminta dan menerima wang rasuah antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta bagi tempoh antara tahun 2018 hingga 2020.

Wang rasuah adalah balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan daripada pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here