GAMBAR: U.S. Secretary of Defense, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

PFIZER akan memulakan ujian dos rendah vaksin Covid-19 ke atas seramai 4,500 kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun di Amerika Syarikat, Finland dan Sepanyol.

Menurut syarikat tersebut ia susulan ujian fasa sebelum ini yang membabitkan dos lebih tinggi ke atas 144 kanak-kanak, lapor cnet.com.

Dos rendah itu menggunakan hanya 3 mikrogram vaksin bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan 10 mikrogram bagi kanak-kanak berumur di antara lima dan 11 tahun.

Naib presiden kanan bahagian pembangunan dan penyelidikan klinikal Pfizer, Dr Bill Gruber dalam satu kenyataan berkata hari ini menandakan langkah penting dalam usaha untuk memahami respons keselamatan dan imuniti vaksin Covid-19 syarikat tersebut bagi memulakan ujian Fasa 2/3 terhadap kanak-kanak berumur 5-11 tahun.

Beliau berkata Pfizer akan memulakan Fasa 2/3 ke atas kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun dan bayi berumur enam bulan.

Pfizer berkata data kanak-kanak lebih tua akan diperoleh pada September bagi tujuan untuk mendapatkan kelulusan kecemasan, sementara data bagi kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun selepas itu. Data bagi bayi pula akan disediakan pada November.

Pada masa ini Pfizer sedang menantikan kelulusan penuh daripada pihak pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA), tetapi vaksin tersebut boleh digunakan untuk kecemasan.

Vaksin Covid-19 Pfizer telah mendapat kelulusan penuh oleh Pusat Kawalan dan Pencegah Penyakit (CDC) bagi kegunaan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun pada Mei lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here