ATAS titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Istana Negara akan menganjurkan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun.

Perbincangan itu diadakan atas inisiatif baginda dan akan dipengerusikan seri paduka sendiri.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan media sebentar tadi, selepas pertemuan baginda dengan beberapa pemimpin politik hari ini.

“Perbincangan khas raja-raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata Ahmad Fadil.

Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta pada 31 Januari 2019.

Kali pertama ia dianjurkan pada 25 Oktober 2020, juga di Istana Negara.

https://bit.ly/355cnCO

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here