Oleh Zainal AS Rashid

SEKURANG-kurangnya sembilan maut apabila sebuah bangunan lima tingkat yang sedang diruntuhkan menghempap sebuah bas di Korea Selatan.

Lapan orang mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku di bandar raya Gwangju pada Rabu (9 Jun) itu, lapor bbc.com.

Menurut pihak bomba, bas yang membawa 17 penumpang itu dikatakan telah berhenti di jalan raya berhampiran bangunan tersebut.

Punca kejadian masih belum diketahui dan usaha mencari dan menyelamat segera dijalankan.

Pegawai bomba Kim Seok-sun dalam taklimat melalui TV berkata sebelum bangunan tersebut runtuh semua pekerja di tapak itu telah dipindahkan.

Beberapa orang pekerja memberitahu media bahawa laluan pejalan kaki berhampiran kawasan tersebut telah ditutup sebelum kejadian.

Video yang ditularkan melalui media sosial menunjukkan bangunan tersebut tepat menghempap bas yang berada berhampiran.

Pada 1995, bangunan gedung membeli-belah Sampoong di Seoul yang runtuh telah menyebabkan lebih 500 orang maut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here