Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2020 menunjukkan peningkatan lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (2020) adalah sebanyak 4.80 mata, naik 0.6 mata berbanding 4.86 bagi SPM 2019.

Peningkatan nilai GPN yang mana lebih rendah menunjukkan pencapaian lebih baik merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media khas hari ini, lapor Berita Harian.

Seramai 401,105 calon mendaftar untuk SPRM 2020 dengan 381,894 calon mendudukinya dalam dua sesi pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu serta 6 hingga 23 April untuk 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Beliau berkata, Calon Layak Sijil SPM juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus bagi SPM 2020 berbanding 86.72 peratus untuk SPM 2019.

Katanya, bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88 peratus peningkatan iaitu 68.22 peratus bagi SPM 2020 berbanding 61.34 peratus untuk SPM 2019.

Keputusan peperiksaan ini akan boleh diperoleh melalui laman sesawang myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my manakala slip peperiksaan berserta jata negara dan kod QR akan boleh mula diakses Isnin ini melalui myresult3.moe.gov.my.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here