GAMBAR: US Air Force from USA, Public domain, via Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

PENTAGON sedang mempertimbangkan kemungkinan menyokong tentera Afghanistan dengan melancarkan serangan udara sekiranya pihak Taliban mengancam untuk mengambil alih bandar raya Kabul.

Menurut akhbar The New York Times (NYT) pada Rabu, Presiden Joe Biden telah menjanjikan penamatan pembabitan Amerika Syarikat dalam konflik di negara itu, dan mengundurkan semua tentera AS menjelang 11 September ini.

Bagaimana pun, perkembangan terbaharu ini semakin tidak meyakinkan apa yang dijanjikan oleh beliau.

NYT melaporkan bahawa pentadbiran Biden pada mulanya merancang untuk menamatkan sokongan udara AS apabila tentera Amerika diundurkan, tetapi kebimbangan apa akan berlaku selepas itu telah mendorong mereka untuk menimbang semula kedudukan.

Para pegawai AS memberitahu NYT bahawa setakat ini belum ada keputusan berhubung perkara tersebut, tetapi ia sedang dibincangkan berdasarkan andaian berkenaan.

Para pengkritik rancangan pengunduran, terutama pihak Republikan berpendapat bahawa kelompangan selepas itu di Afghanistan akan menjadikan pihak Taliban lebih berani dan seterusnya menghalang apa yang dirancang untuk keamanan di negara tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here