Oleh Yusoff Ahmad Shariff

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan telah menolak cadangan untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani krisis pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Dalam satu kenyataan bersama, Pakatan berkata mereka mengambil maklum cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ditubuhkan Mageran, namun demikian mereka tidak menyetujuinya.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan setiausaha-agung DAP Lim Guan Eng.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi juga menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir itu.

Terdahulu, pada Khamis (10 Jun) Dr Mahathir berkata beliau telah mencadangkan penubuhan Mageran semasa perbincangan dengan Yang Dipertuan Agong kerana majlis tersebut telah terbukti mampu menyelesaikan masalah negara ketika Darurat diisytiharkan pada 13 Mei 1969.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here