Jabatan Agama Islam Selangor

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengumumkan pembatalan pelaksanaan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 23 hingga 27 Ogos ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti sesuai pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan 2022.

“Pembatalan itu dibuat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara dan trend semasa penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian akibat Covid-19 di Selangor yang semakin tinggi.

“Keputusan ini akan turut membantu usaha berterusan semua pihak melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Shahzihan berkata, pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya.

Kenyataan Media Dato Pengarah

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here