covid19 vaccine vaksin
Photo by Daniel Schludi on Unsplash
Oleh Siti Zuhaila Salim

KADAR vaksinasi harian bagi mengekang penularan Covid-19 di Malaysia, berjaya mencatat angka tertinggi dengan 151,309 dos diberikan pada 8 Jun lalu, sekali gus diharap dapat merealisasikan sasaran kerajaan untuk mencapai kadar suntikan sebanyak 150,000 dos sehari, selewat-lewatnya akhir Jun ini.

Pemberian vaksin itu kemudian di sasar ditingkatkan kepada 200,000 dos sehari menjelang hujung Julai. Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada 9 Jun, seramai 105,722 individu sudah menerima dos pertama, manakala 45,587 lagi selesai mendapat suntikan dos kedua sehari sebelum itu.

Begitu jauh peningkatannya daripada hanya kira-kira 5,000 hingga 8,000 suntikan setiap hari pada permulaan program vaksinasi ini.

Hakikatnya, kejayaan ini bukan mudah dicapai ketika vaksin Covid-19 menjadi rebutan di seluruh dunia, terpaksa bersaing dengan negara-negara lain dan bergantung kepada pengeluar, selain kekangan dari segi fasiliti kesihatan termasuk kemudahan pusat pemberian vaksin (PPV) serta petugas untuk mengendalikan suntikan saban hari.

Terima kasih kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas semangat tidak putus asa dan mahu melindungi rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa virus berbahaya, komited berusaha melalui pelbagai cara agar bekalan vaksin terus tiba di negara kita.

Tabik kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya kerana tidak pernah berhenti berusaha sejak fasa pertama Program Imuniti Covid-19 Kebangsaan (PIC) bermula pada 24 Februari lalu.

Sentimen, keluhan dan maklum balas rakyat sentiasa diambil peduli dan ia terbukti apabila pelbagai aduan dan keluhan akar umbi mendapat perhatian dan tindakan daripada kerajaan.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan komited dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan teratur, tetapi pada masa sama beliau tidak malu mengakui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Tepat pada masanya, beliau mengarahkan pendaftaran vaksinasi dipermudahkan lagi, termasuk melaksanakan proses itu secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat dapat menerima suntikan.

Semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat juga diarah menggunakan segala aset bagi memudahkan penduduk luar bandar dan pedalaman terutamanya warga emas untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

Jumlah PPV turut ditambah di seluruh pelosok negara bagi mempercepat dan mempermudah pemberian vaksin kepada semua, dengan sasaran 80 peratus populasi Malaysia diberikan cecair pelindung itu sebelum akhir tahun ini.

Kerajaan turut melibatkan pusat dan klinik swasta dalam PICK, manakala unit-unit vaksinasi bergerak dikerah ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman untuk memudahkan proses vaksinasi kepada penduduk kampung, Orang Asli, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.

Saya yakin dan percaya Perdana Menteri dan kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab diamanahkan, kini menjadi tanggungjawab rakyat semua mendaftar dan hadir menerima vaksin.

Menjadi tanggungjawab kita semua juga untuk mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan agar kita akhirnya mencapai kemenangan dalam perang melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

– BebasNews

Kajang, Selangor

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here