ihsan gambar Hospital Melaka

KUALA LUMPUR – Neelofa memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil kepada Hospital Melaka bernilai hampir RM100,000.

15 katil tersebut telah ditempatkan di Zon Dekon (Zon Kuning) hospital tersebut untuk pesakit Covid-19.

Menurut satu kenyataan, inisiatif tersebut merupakan sumbangan pertama yang diusahakan sendiri seleberiti terkenal itu atas rasa tanggungjawab serta prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

“Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid-19 yang ramai.

“Jadi saya memainkan peranan membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk menangani pandemik ini. Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, Neelofa juga merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia dan berharap sumbangan tersebut dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan.

Neelofa turut ingin membantu mereka yang terjejas akibat pandemik.

Sehubungan dengan itu dia menyarankan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here