Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Pihak yang sudah tidak keruan lagi untuk menjadi Perdana Menteri yang baharu dan sibuk menggesa Parlimen dibuka kembali diminta agar bersabar sehingga bulan September atau Oktober ini.

Pada tempoh tersebut, negara sudah pun mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin ketika mengulas cadangan sesetengah pihak agar pembukaan semula Parlimen segera dibuat secara hibrid.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu itu menafikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) “tidak takut” dengan pembukaan semula Parlimen.

Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan sedang melaksanakan program vaksinasi dan apabila selesai nanti (imuniti kelompok dicapai), ahli politik tersebut melakukan apa yang dikehendaki di Parlimen kelak.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, untuk melaksanakan Parlimen secara hibrid juga memerlukan perintah tetap dan perbincangan mengadakannya juga mengambil masa.
Hamzah menambah, sekiranya Parlimen bersidang, bilangan orang yang perlu diuruskan bukannya sedikit.

“Ada lebih 200 Ahli Parlimen. Kalau setiap seorang bawa pegawai mereka, sudah lebih 400 orang. Pegawai di Parlimen sahaja ada 300 orang,” katanya sambil menambah, jumlah itu tidak termasuk pemandu dan kakitangan sokongan.

“Jumlahnya akan cecah 1,000 orang. Kalau kita buka Parlimen dan bersidang dari pagi sampai 6 petang setiap Isnin sehingga Khamis, kita beri ruang kepada musuh (Covid-19) menyerang kita,” kata beliau lagi.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here