Oleh Fetty Rara

JAWATANKUASA penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat akan mengadakan mesyuarat kecemasan minggu depan bagi membincangkan laporan kejadian keradangan jantung dalam kalangan sesetengah penerima muda vaksin Pfizer dan Moderna.

Mesyuarat pada 18 Jun depan itu akan menumpukan kepada isu tersebut yang dikatakan amat jarang berlaku dan buat masa ini belum boleh dikaitkan secara terus dengan kedua-dua vaksin, lapor foxnews.com.

Setakat 31 Mei, CDC telah menerima sebanyak 275 laporan awal kejadian tersebut, yang dikenal pasti sebagai sejenis myocarditis dan pericarditis dalam kalangan penerima muda berusia dari 16 hingga 24 tahun.

Sejumlah 12 juta golongan belia telah mendapat vaksinasi penuh di AS.

CBC News yang memetik pakar CDC, Tom Shimabukuro berkata pada peringkat ini perkara tersebut masih belum dimuktamadkan dan kemungkinan besar kesemua kejadian itu bukan masalah myocarditis mahu pun pericarditis sebenar.

Beliau, bagaimana pun, mereka yang mengalami masalah itu kini telah pun pulih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here