KUALA LUMPUR – Surat pemecatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai ahli UMNO oleh Majlis Tertinggi UMNO berkuat kuasa serta merta kini berlegar dalam media sosial.

Surat berkenaan didapati palsu kerana tidak menggunakan format rasmi UMNO dan juga terdapat kesilapan di dalamnya.

Dalam surat palsu itu, keputusan melucutkan keahlian Ahli Parlimen Sembrong itu dibuat di bawah fasal 10.6 Perlembagaan UMNO, demikian menurut surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Hishammuddin didakwa melanggar fasa 20.8(a), (b), (c) dan (g) Perlembagaan UMNO.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here